Thursday 21 June 2012

(Video) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

Ikhsan dari  http://justkhai.com/blog/maxis10-nokia-n8-camera-video/  suatu penghargaan kepada pemilik N8 jangan tukar yang lain guna dulu ...


Untuk Nokia N8, ianya disediakan dengan kamera 12MP dan fungsi rakaman video 720p at 25fps (Shoot 16:9 videos in HD). Ianya memang jelas lebih baik dari Motorola Droid X tetapi hanya sedikit kurang berbanding iPhone 4 dan Samsung Wave di atas kebolehan merakam video pada 720p at 30fps (kurang 5 frame per second). Tapi dengar cerita, dah ada yang dah berjaya hack N8 ni untuk menjadikan video’nya dapat dirakam pada 720p at 30fps juga. Khai tak apply lagi tapi takpe, itu kita cerita kemudian.
Walaupun Nokia N8 tercipta dengan 25fps, tiada perbezaan yang ketara dapat Khai lihat antara kualiti video’nya dengan iPhone 4 (sebagai contoh). Apa yang pasti, Khai dah try play dekat LCD TV guna HDMI port yang dah siap sedia ada kat Nokia N8 ni, kualiti gambarnya tak ubah macam menonton Astro Byond! Siapa rumah ada masuk Astro Byond tu, tahu la camana gambar yang dikatakan High Defination (HD) ni kan? Seriously, memang terkejut sangat.

Spec lengkap Nokia N8 Camera (Video)

- 12 megapixel with Carl Zeiss optics
- HD quality 720p resolution
- Shoot 16:9 videos in HD
- Video capture in 720p 25 fps with codecs H.264, MPEG-4
- Settings for scene, video light, white balance, colour tone
- Secondary camera VGA for video calls
- Video boleh save dalam Phone je (16GB internal memory la katakan). Tapi kalau nak simpan dalam memory card, pastikan korang guna micro SD card Class 4 (32Mbit/s (4MB/s)) atau yang lebih tinggi. Baru puas hati!
Khai dan beberapa krew yang lain sempat luangkan sedikit masa untuk test video Nokia N8 ni. Memang terkejut la sebab video dia masa kami rakam dan nengok balik dalam phone, memang terlalu cantik. Kiranya apa yang kami nampak dengan mata, itulah yang dapat dirakam oleh kamera Nokia N8.
Tapi macam biasalah, file video memang terlalu besar. Untuk 1 minit rakaman, saiz’nya adalah 100MB. Memang sedikit sebanyak akan menyusahkan kita. HD video’lah katakan nak taknak kena terima perubahan zaman. Ok berikut adalah contoh video yang sempat Khai rakam dan tiada sebarang editing dikenakan pada video (fresh from phone).
Kualiti video yang dipaparkan mungkin tidak sama dengan kualiti video sebenar. Ini kerana pihak Facebook (tempat video di’host’kan) dah compress file video ini.
Video time siang
Video di bawah ini agak panjang. Fungsi zoom juga ada digunakan. Menariknya pada Nokia N8, kita boleh guna fungsi zoom in dan zoom out semasa rakaman sedang berlangsung. Function yang tidak dijumpai pada iPhone 4. Lokasi rakaman di Teluk Kemang, Port Dickson

No comments:

Post a Comment